Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..pembaca semua,harap dalam keadaan sihat selalu..Entry saya kali ini adalah sekadar ucapan terima kasih kepada yang sudi membaca info dalam blog saya..Syukran jiddan..Saya akan memperlahankan aktiviti menulis blog kerana perlu fokus SPM 2014..harap semua dapat kekal teguh bersama Allah,InsyaAllah..Assalamualaikum..
Monday, 30 December 2013
Saturday, 14 December 2013
Fadhilat Surah Al-Kauthar
Assalamualaikum semua..Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah, InsyaAllah..Baiklah, entry saya pada kali ini adalah berkaitan dengan Fadhilat dan Kelebihan kita membaca Surah Al-Kauthar..Sebelum itu, saya ingin menceritakan sedikit mengenai Surah Al-Kauthar..
Surah Al-Kauthar merupakan surah yang ke-108. Surah ini mengandungi 3 ayat. Surah ini diturunkan di Makkah Al-Mukarramah. Surah ini dinamakan Al-Kautsar kerana Allah SWT telah mengurniakan kepada Nabi Muhammad
SAW kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat. Seterusnya, mari kita hayati makna surah ini :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang
banyak (di dunia dan di akhirat).

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah
korban (sebagai bersyukur).

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat
sebarang perkara yang diingininya).
Kita semua sudahpun mengetahui surah ini berkaitan maka. Disini, ingin saya kongsikan fadhilat Surah Al-Kauthar yang saya baca daripada sebuah blog. Jadi saya ingin kongsikan bersama anda..
FADHILAT MEMBACA SURAH AL-KAUTHAR :
1.
Sesiapa membaca Surah Al-Kautsar, maka Allah akan memberinya minuman dari sungai
di syurga.
2.
Baca 1000 kali, Allah SWT akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan
kenaikan pangkatnya.
3.
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini 7 kali semasa dalam keadaan
ketakutan, maka Allah SWT akan memberikan perlindungan terhadapnya.
4.
Memperkuat pandangan mata dan menghilangkan penyakit mata seperti berair, gatal,
bengkak. Baca surah ini sebanyak 10x pada air yang dicampur dengan bunga mawar,
disapukan pada mata setiap hari.
5.
Al Imam At Tamimi menerangkan bahawa siapa yang sering membaca surah ini akan
menjadi lunak hatinya, khusyuk hatinya dan tetap hatinya melakukan taat kepada
Tuhan.
6.
Apabila dibaca 100 kali ketika turun hujan, lalu berdoa dengan doa apa saja dari
urusan dunia dan akhiratnya, maka doanya akan segera ditunaikan.
7.
Barangsiapa yang membacanya setiap 7 kali pada mata air yang terhenti airnya,
atau yang sedikit keluarnya, maka air itu akan melimpah keluar.
8.
Baca 1000 kali untuk menghasilkan seribu satu hajat, teristimewa dalam urusan
rezeki, harta, menuntut pangkat dan jabatan, serta maksud-maksud yang
mengandungi unsur kebaikan, maka maksudnya akan ditunaikan.
9.
Jika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini 10 kali, mudah-mudahan
Allah SWT beri ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. Sebaik-baiknya usaha
untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat ini khas untuk mencari tempat
sihir.
10.
Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah SWT akan
memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi telah
dizalimi.
11.
Membacanya sebanyak 7 kali pada waktu hendak tidur, maka Allah membangunkannya
pada waktu dan jam berapa yang dikehendaki.
12.
Siapa yang membacanya 7 kali ketika dalam ketakutan di mana saja berada, akan
dilindungi Allah kebajikannya.
Jadi, kita bolehlah mengamalkan surah ini pada kehidupan seharian kita. Moga memberi manfaat buat kita semua, InsyaAllah..Sekian sahaja perkongsian saya, terima kasih..Assalamualaikum min ana..
Tuesday, 3 December 2013
AL-QURAN, segala-galanya..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..Ahlan Wasahlan..
Apa khabar semua?? Semoga dalam keadaan yang sihat sejahtera, InsyaAllah..Hari ini, saya ingin membuat sedikit perkongsian mengenai apa yang telah saya temui berdasarkan kajian serta ceramah-ceramah yang telah saya dengar..Perkongsian saya kali ini ialah mengenai ayat Al-Quran..
- Orang yang boros, merupakan sahabat syaitan Laknatullah ( Al-Isra' : 27 )
- Penurunan Al-Quran sebagai panduan ( Al-Isra' : 105 )
- Perintah menjaga pandangan ( Al-Nur : 31 )
- Memperoleh ketenangan hati ( Ar-Ra'du : 28 )
- Jangan berputus asa ( Yusuf : 87 )
- Makanan yang haram ( Al-Maidah : 3 )
- Perintah mentaati Allah dan Rasul ( Al-Imran : 132 )
Itulah sebahagian daripada dapatan saya..Sesungguhnya Al-Quran itu mengandungi panduan yang sebenar-benarnya..Al-Quran membuka minda kita untuk berfikir dengan menggunakan akal dan hati..Subhanallah, hebatnya kitab Al-Quran..Mari kita sama-sama mengkaji Al-Quran dengan lebih mendalam, InsyaAllah..Sekian sahaja, terima kasih..Assalamualaikum..
Friday, 22 November 2013
KHAS BUAT MUSLIMAH, WANITA DAN HAWA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh min ana..kaifa halukum?? InsyaAllah,saya doakan kalian bikhair..Saya kali ini nak berbincang mengenai wanita..Saya tidaklah mempunyai ilmu yang tinggi, tetapi saya sekadar nak berkongsi serta meminta pendapat daripada sahabat semua..
Bukan mahram boleh ditafsirkan mengikut kefahaman kita ialah orang yang kita boleh kahwini seperti lelaki yang tiada langsung kaitan darah dengan kita..Selain itu, ada juga ahli keluarga kita yang bukan mahram kita antaranya sepupu lelaki kita..Jadi aurat kita apabila berhadapan dengan mereka ialah keseluruhan tubuh badan kecuali wajah dan bahagian tapak tangan..Ini bermakna bawah dagu serta kaki juga merupakan aurat kita..Jadi, kita wajib menutupnya..Berkaitan dengan tudung pula, kita perlu menutup dada kita..Janganlah kita memakai tudung yang tidak menutup dada.Kerana apa?? Kerana itu merupakan perintah Allah..
"...Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah
menampakkan perhiasannya( auratnya )...." ( Surah al-Nur : 31 )
Cinta, suka dan sayang semuanya adalah fitrah. Jadi, jika anda semua mempunyai perasaan ini jangan persoalkan sebab perasaan ini tidak boleh dihalang. Tetapi sebelum kita salurkan rasa cinta dan sayang kita kepada makhluk Allah yang dikenali sebagai lelaki, patutnya kita salurkan dulu cinta kita kepada Allah dan Rasul. Kita tanya diri kita adakah kecintaan kita kepada Allah sudah melebihi segala-galanya?? Jika belum, jangan mencintai orang lain..Tinggikan dahulu cinta kita kepada Allah kerana Allah yang mencipta kita..Selain itu, bagi yang sedang belajar, selepas mencintai Allah, kita cintailah ilmu dahulu kerana ilmu itu pelita kehidupan..Jadi, muslimah semua..marilah kita mencintai Allah melebihi segalanya dan marilah kita salurkan cinta kita khas untuk suami, bukanlah pakwe..
Baiklah, setakat itu sahaja penulisan saya kali ini..Kepada sahabat muslimah saya semuanya, saya mohon maaf jika penulisan saya ada menyinggung perasaan anda. Niat saya cuma nak menyampaikan ilmu agar kita dapat perbaiki yang kurang dalam diri kita. Ini juga adalah peringatan buat diri saya sendiri..Sesungguhnya yang baik datang daripada Allah, dan yang kurang baik itu datang daripada Allah juga tetapi disandarkan kepada diri saya yang tidak sempurna, InsyaAllah..Semoga kita peroleh pengajaran..Assalamualaikum buat semua..
Tuesday, 19 November 2013
Sukan Dalam Konteks Islam
Assalamualaikum kepada semua pembaca..harap,semua berada dalam keadaan yang sihat wal afiat dan sentiasa dalam rahmat Allah,InsyaAllah..Saya ingin menulis serba sedikit mengenai sukan dalam konteks Islam..Islam tidak melarang ummahnya untuk bersukan kerana ianya menyihatkan badan.Rasulullah sendiri ada menyarankan tiga jenis sukan dalam Islam iaitu berenang,memanah dan juga menuggang kuda..Tetapi, ada segelintir insan yang memandang sinis terhadap wanita-wanita terutamanya yang bertudung labuh ketika mereka sedang bersukan..Agak-agak kenapa?? Itu tidak dapat kita rungkaikan tetapi disini saya nak menegaskan kepada insan-insan tersebut supaya buka minda dan berfikiran jauh..Individu yang bertudung labuh juga perlu percaya pada diri dan jangan terlalu menyembunyikan diri sehinggakan tidak langsung bersukan..Kitalah yang perlu menunjukkan bahawa Islam tidak mengongkong..kerana bertudung labuh tak bererti kita tidak mampu bersukan..Sebaliknya kita akan nampak bahawa dengan bersukan, kita dapat satu tiket percuma dalam menyebarkan dakwah..Okey, muslimah di luar sana?? Kita sambutlah cabaran dalam berdakwah, InsyaAllah..Ada sedikit perkongsian ilmu yang saya baca dalam buku hasil nukilan Dato' Ismail Kamus yang bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat..Anda boleh cari buku ini sebagai panduan fardu ain..
SYARAT-SYARAT SUKAN YANG DIHARUSKAN :
Sekian sahaja daripada saya.Jika ada tersilap dalam penulisan diharap dapat ditegur dan dimaafkan kesilapannya..Yang baik itu daripada Allah dan yang kurang baik itu juga daripada Allah namun disandarkan kepada saya yang lemah ini..InsyaAllah, Assalamualaikum..
SYARAT-SYARAT SUKAN YANG DIHARUSKAN :
- Tidak meninggalkan ibadah asas seperti solat,puasa dan sebagainya
- Tidak meninggalkan pekerjaan utama seperti mencari rezeki, belajar dan seumpamanya
- Tidak melibatkan perkara haram seperti perjudian dan pertaruhan
- Tidak wujud unsur penipuan
- Menutup aurat
- Tidak membahayakan tubuh badan, nyawa dan minda
- Tidak membuang masa disebabkan sukan yang terlalu lama
- Tidak membazir wang
Sekian sahaja daripada saya.Jika ada tersilap dalam penulisan diharap dapat ditegur dan dimaafkan kesilapannya..Yang baik itu daripada Allah dan yang kurang baik itu juga daripada Allah namun disandarkan kepada saya yang lemah ini..InsyaAllah, Assalamualaikum..
Monday, 18 November 2013
TAUTAN HATI - written by Fatimah Syarha
Assalamualaikum semua..Kaifa halukum?? Semoga sahabat semua sentiasa berada dalam lindungan Allah, InsyaAllah..Hari ini saya nak berkongsi dengan sahabat semua mengenai sebuah novel yang telah saya habis baca baru-baru ini..Novel yang bertajuk Tautan Hati karya Fatimah Syarha..
# maaf kepada pihak google kerana mengambil gambar ini..moga diizinkan
Baiklah, watak utama dalam novel ini ialah Asiah Yusra, Imtisal, Elya Khadeeja serta Umar al-Mujahid. Novel ini berkaitan dengan keazaman Asiah Yusra dan Elya Khadeeja dalam menegakkan dakwah Islamiah melalui ikatan persahabatan yang dibina ikhlas kerana Allah Ta'ala..Imtisal, seorang wanita yang bijak pula berusaha dalam mencari sinar yang dapat membantu dirinya memantapkan lagi akidah serta keimanannya terhadap Ilahi. Manakala, seorang pejuang yang dulunya hebat di Sekolah Taman Islam telah dilanda krisis iman dan cinta..Segala-galanya bermula apabila cinta yang dihulur buat serikandi bernama Asiah Yusra tidak disambut serta kedatangan gadis manja bernama Nur Syafika..Setiap perkara pasti akan ada ujiannya..Begitu juga dengan mereka..Namun,kerana rasa cinta dan keyakinan yang menggunung kepada Allah menyebabkan masalah dapat diatasi dengan baik..Dengan halaqoh yang terbina segalanya menjadi mudah dan ikatan ukhwah fillah semakin utuh..
Pendapat saya tentang novel ini ialah sangat sesuai dibaca oleh golongan remaja khususnya..Mampu memberikan kita satu semangat baru dalam usaha kita menegakkan syiar Islam..Membantu kita dalam memudahkan urusan dakwah serta membantu kita membina akhlak murni Islam dan kehidupan seharian..Kata-kata manis menyayangi sahabat kerana Allah telah membuktikan lagi bahawa sesungguhnya Islam itu terlalu indah sehingga kita sendiri tak mampu nak gambarkan.Subhanallah,itulah dia ajaran yang diagungkan oleh kita..Ajaran yang membawa kita kepada Jannahtul Firdaus,InsyaAllah...
Jadi,saya amat menyarankan agar sahabat fillah semua membaca novel ini untuk pengisian ilmu yang sesuai dengan umur kita sekarang..InsyaAllah,semoga kita dapat berjalan di jalan yang diredhai Ilahi..
Assalamualaikum min ana..

Thursday, 14 November 2013
Sudah Bersedia??
Assalamualaikum w.b.t....
Apa khabar semua?? Sihat?? Min amanillah, InsyaAllah..
Entry saya pada kali ini adalah berkaitan dengan persediaan kita semua..Persediaan apa?? Persediaan nak melangkah ke kehidupan yang lebih banyak cabaran..Kita mungkin rasa yang kita hidup lebih lama lagi tapi hakikatnya kita sendiri tak tahu berapa lama lagi kita hidup..Kita hanya mampu berdoa untuk dipanjangkan umur kan?? Tapi Alhamdulillah hari ini kita masih berpeluangi untuk melihat bumi Allah yang indah ini..Berbalik kepada tajuk kita ialah sudah bersedia? Jika ditanya pada saya, saya belum bersedia.Tapi saya kena bersedia demi menjalani kehidupan yang baik..Antara yang saya boleh siapkan ialah penuhi diri saya dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan juga keimanan yang kental..Tapi sejak akhir-akhir ini, saya merasakan diri saya tak betul sikit..Iman saya terganggu dan turun naik..Ya Allah, bantulah saya untuk ditetapkan keimanan kerana tanpa bantuan Allah,saya akan hanyut..Bantulah saya,Allah..Doakan saya sahabat semua..

Monday, 4 November 2013
Rintihan Hati Yang Dahagakan Iman
Assalamualaikum sahabat blogger semua..Entry saya pada kali ini adalah berkaitan dengan luahan hati saya..Luahan hati yang menginginkan didikan agama Islam yang lebih agar akidah serta iman dihati dapat diperteguhkan lagi..Memang, manusia tidak sempurna dan tidak lari daripada melakukan kesilapan, namun niat tulus dihati ingin berhijrah dengan hijrah yang bererti..Bukan hijrah yang hanya berlaku pada penampilan tetapi hijrah mua'malat,silaturrahim serta hijrah pergaulan..Bila baca buku Tautan Hati karya novelis Fatimah Syarha,saya sedar bahawa diri saya masih belum sebenar-benarnya betul..Imej tidak melambangkan apa-apa..Saya perlu perbanyakkan istighfar dan lebih banyak mengkaji Islam berbekalkan Al-Quran dan Hadith agar akidah dan keimanan saya lebih teguh..Pergaulan saya sesama bukan mahram perlu dijaga lebih lagi..Ya Allah,seandainya aku masih disayangi oleh-Mu,ampunilah diriku Ya Rabb..Berilah diriku peluang untuk memantapkan keimananku pada-Mu..Aku menutup aurat dengan sempurna tetapi pergaulanku dan amalanku masih belum cukup sempurna..Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Zaljalaliwal Ikram..Tunjukkanlah kepada diriku jalan yang lurus serta mudah agar aku dapat bertemu dengan-Mu kelak..Tanamkanlah dalam diriku sifat tawadu' dan takwa..Ya Allah,bantulah aku dalam menyusuri jalan hidup yang penuh cabaran ini Ya Allah..Allahumma Ameen..
Saturday, 2 November 2013
Syabab
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..amma ba'du..
Apa khabar pembaca sekalian?? Min amanillah, InsyaAllah..Pada entry kali ini saya teringin sekali bercerita mengenai genarasi yang seumur dengan saya iaitu berkaitan syabab fi haza al-yaum...
Jika kita perhatikan syabab zaman ini lebih cenderung kepada dua perkara iaitu kebebasan dan cinta..Mugkin tak semua syabab tetapi segolongan sahaja..Sebenarnya Islam tak menghalang kita untuk berasa bebas dan mempunyai perasaan cinta..Tetapi pemikiran syabab sekarang terlampau jauh dan kebebasan dan cinta yang ditunjukkan menyalahi syara' sehingga berlakunya pergaulan bebas, maksiat berleluasa serta pembuangan bayi..Ini yang salah kerana mungkin tersimpang sikit daripada apa yang dididik dalam Islam..Islam membenarkan kebebasan seperti kebebasan bersuara dalam menegakkan agama Allah serta kebebasan mempertahankan hak kita selagi ianya tidak bertentangan dengan Islam..Cinta?? umm,cinta ini adalah suatu perasaan yang memang tak dapat dielakkan kerana ianya fitrah..semua orang akan rasa tidak kira muda, remaja, dewasa atau tua sekalipun..Namun, fokus utama bagi syabab sekarang ini bukanlah cinta kepada manusia, tetapi cinta terhadap ilmu lagi penting sebab kita masih belajar..Namun tak salah nak suka pada seseorang..Jika takut perasaan itu hilang, penawarnya ialah berdoa kepada Allah agar menjaga si dia untuk anda dan semoga Allah memanjangkan jodoh si dia bersama anda..InsyaAllah..Jika penulisan saya ada menyakitkan mana-mana pihak, asifun jiddan..Mohon dimaafkan kesilapan penulisan saya..Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang kurang baik itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri..
Assalamualaikum..

Friday, 1 November 2013
Tuhan Lebih Saintifik
Assalamualaikum sahabat semua..Alhamdulillah selesai membaca sebuah novel tarbiah bertajuk 'Tuhan Lebih Saintifik'..
#mohon maaf kepada pihak Google kerana mengambil gambar ini
Baiklah buku ini berkaitan dengan seorang Ateis yang giat menyebarkan fahamannya mengenai alam ini terjadi dengan sendirinya. Hujah-hujah professor Ateis tersebut dikuatkan lagi dengan kajian-kajian Sains yang dikaitkan dengan penciptaan alam. Para siswa dan siswi di Pusat Pengajian mereka sering kepatahan hujah apabila hujah professor tersebut diselitkan dengan ilmu sains yang mendalam. Namun, kehadiran seorang doktor Pakar Bedah yang tinggi ilmu agama serta sainsnya sedikit sebanyak menyebabkan professor Ateis itu kepatahan hujah dan pegangannya terhadap Ateis semakin goyah. Apakah kesudahan cerita ini? Adakah professor tersebut sudah mengakui kewujudan Tuhan? Apakah agama yang menjadi pilihannya? Dapatkan segera Novel Tarbiah ini yang dapat membantu kita mematahkan hujah golongan yang sebegini..
InsyaAllah
TA'ARUF
Bismillahirrahmannirrahim..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Ahlan Wasahlan to my blog..Alhamdulillah,ini merupakan entry pertama saya bagi blog baru ini..Saya dah banyak kali wujudkan blog tapi semuanya tidak menjadi dan InsyaAllah,bagi bog kali ini saya harapkan yang terbaik..Semoga saya dapat menyebarkan dakwah melalui blog ini..
Bagi entry pertama ini,saya ingin bercerita sedikit mengenai diri saya..
Nama diberi Nurhazwani Izzati Binti Ismail. Dilahirkan pada 16 Ogos 1997 di Muar, Johor. Saya sekarang menetap di Kulaijaya, Johor. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang, Johor. Saya mengambil aliran Sains Tulen. Nampak pelik kan?? Tapi dakwah itu adalah sesuatu yang terbuka untuk sesiapa sahaja menyampaikannya..InsyaAllah..

Subscribe to:
Posts (Atom)