Cute Black Flying Butterfly .: KHAS BUAT MUSLIMAH, WANITA DAN HAWA

Friday, 22 November 2013

KHAS BUAT MUSLIMAH, WANITA DAN HAWA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh min ana..kaifa halukum?? InsyaAllah,saya doakan kalian bikhair..Saya kali ini nak berbincang mengenai wanita..Saya tidaklah mempunyai ilmu yang tinggi, tetapi saya sekadar nak berkongsi serta meminta pendapat daripada sahabat semua..

Bukan mahram boleh ditafsirkan mengikut kefahaman kita ialah orang yang kita boleh kahwini seperti       lelaki yang tiada langsung kaitan darah dengan kita..Selain itu, ada juga ahli keluarga kita yang bukan             mahram kita antaranya sepupu lelaki kita..Jadi aurat kita apabila berhadapan dengan mereka ialah   keseluruhan tubuh badan kecuali wajah dan bahagian tapak tangan..Ini bermakna bawah dagu serta kaki     juga merupakan aurat kita..Jadi, kita wajib menutupnya..Berkaitan dengan tudung pula, kita perlu menutup   dada kita..Janganlah kita memakai tudung yang tidak menutup dada.Kerana apa?? Kerana itu merupakan     perintah Allah..

         "...Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah 
menampakkan perhiasannya( auratnya )...." ( Surah al-Nur : 31 )

Cinta, suka dan sayang semuanya adalah fitrah. Jadi, jika anda semua mempunyai perasaan ini jangan           persoalkan sebab perasaan ini tidak boleh dihalang. Tetapi sebelum kita salurkan rasa cinta dan sayang         kita kepada makhluk Allah yang dikenali sebagai lelaki, patutnya kita salurkan dulu cinta kita kepada Allah     dan Rasul. Kita tanya diri kita adakah kecintaan kita kepada Allah sudah melebihi segala-galanya?? Jika       belum, jangan mencintai orang lain..Tinggikan dahulu cinta kita kepada Allah kerana Allah yang mencipta       kita..Selain itu, bagi yang sedang belajar, selepas mencintai Allah, kita cintailah ilmu dahulu kerana ilmu itu     pelita kehidupan..Jadi, muslimah semua..marilah kita mencintai Allah melebihi segalanya dan marilah kita         salurkan cinta kita khas untuk suami, bukanlah pakwe..

Baiklah, setakat itu sahaja penulisan saya kali ini..Kepada sahabat muslimah saya semuanya, saya mohon maaf jika penulisan saya ada menyinggung perasaan anda. Niat saya cuma nak menyampaikan ilmu agar kita dapat perbaiki yang kurang dalam diri kita. Ini juga adalah peringatan buat diri saya sendiri..Sesungguhnya yang baik datang daripada Allah, dan yang kurang baik itu datang daripada Allah juga tetapi disandarkan kepada diri saya yang tidak sempurna, InsyaAllah..Semoga kita peroleh pengajaran..Assalamualaikum buat semua..

No comments:

Post a Comment