Cute Black Flying Butterfly .: Rintihan Hati Yang Dahagakan Iman

Monday, 4 November 2013

Rintihan Hati Yang Dahagakan Iman

Assalamualaikum sahabat blogger semua..Entry saya pada kali ini adalah berkaitan dengan luahan hati saya..Luahan hati yang menginginkan didikan agama Islam yang lebih agar akidah serta iman dihati dapat diperteguhkan lagi..Memang, manusia tidak sempurna dan tidak lari daripada melakukan kesilapan, namun niat tulus dihati ingin berhijrah dengan hijrah yang bererti..Bukan hijrah yang hanya berlaku pada penampilan tetapi hijrah mua'malat,silaturrahim serta hijrah pergaulan..Bila baca buku Tautan Hati karya novelis Fatimah Syarha,saya sedar bahawa diri saya masih belum sebenar-benarnya betul..Imej tidak melambangkan apa-apa..Saya perlu perbanyakkan istighfar dan lebih banyak mengkaji Islam berbekalkan Al-Quran dan Hadith agar akidah dan keimanan saya lebih teguh..Pergaulan saya sesama bukan mahram perlu dijaga lebih lagi..Ya Allah,seandainya aku masih disayangi oleh-Mu,ampunilah diriku Ya Rabb..Berilah diriku peluang untuk memantapkan keimananku pada-Mu..Aku menutup aurat dengan sempurna tetapi pergaulanku dan amalanku masih belum cukup sempurna..Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Zaljalaliwal Ikram..Tunjukkanlah kepada diriku jalan yang lurus serta mudah agar aku dapat bertemu dengan-Mu kelak..Tanamkanlah dalam diriku sifat tawadu' dan takwa..Ya Allah,bantulah aku dalam menyusuri jalan hidup yang penuh cabaran ini Ya Allah..Allahumma Ameen..

No comments:

Post a Comment