# maaf kepada pihak google kerana mengambil gambar ini..moga diizinkan
Baiklah, watak utama dalam novel ini ialah Asiah Yusra, Imtisal, Elya Khadeeja serta Umar al-Mujahid. Novel ini berkaitan dengan keazaman Asiah Yusra dan Elya Khadeeja dalam menegakkan dakwah Islamiah melalui ikatan persahabatan yang dibina ikhlas kerana Allah Ta'ala..Imtisal, seorang wanita yang bijak pula berusaha dalam mencari sinar yang dapat membantu dirinya memantapkan lagi akidah serta keimanannya terhadap Ilahi. Manakala, seorang pejuang yang dulunya hebat di Sekolah Taman Islam telah dilanda krisis iman dan cinta..Segala-galanya bermula apabila cinta yang dihulur buat serikandi bernama Asiah Yusra tidak disambut serta kedatangan gadis manja bernama Nur Syafika..Setiap perkara pasti akan ada ujiannya..Begitu juga dengan mereka..Namun,kerana rasa cinta dan keyakinan yang menggunung kepada Allah menyebabkan masalah dapat diatasi dengan baik..Dengan halaqoh yang terbina segalanya menjadi mudah dan ikatan ukhwah fillah semakin utuh..
Pendapat saya tentang novel ini ialah sangat sesuai dibaca oleh golongan remaja khususnya..Mampu memberikan kita satu semangat baru dalam usaha kita menegakkan syiar Islam..Membantu kita dalam memudahkan urusan dakwah serta membantu kita membina akhlak murni Islam dan kehidupan seharian..Kata-kata manis menyayangi sahabat kerana Allah telah membuktikan lagi bahawa sesungguhnya Islam itu terlalu indah sehingga kita sendiri tak mampu nak gambarkan.Subhanallah,itulah dia ajaran yang diagungkan oleh kita..Ajaran yang membawa kita kepada Jannahtul Firdaus,InsyaAllah...
Jadi,saya amat menyarankan agar sahabat fillah semua membaca novel ini untuk pengisian ilmu yang sesuai dengan umur kita sekarang..InsyaAllah,semoga kita dapat berjalan di jalan yang diredhai Ilahi..
Assalamualaikum min ana..

No comments:
Post a Comment