Cute Black Flying Butterfly .: Syabab

Saturday, 2 November 2013

Syabab

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..amma ba'du..
Apa khabar pembaca sekalian?? Min amanillah, InsyaAllah..Pada entry kali ini saya teringin sekali bercerita mengenai genarasi yang seumur dengan saya iaitu berkaitan syabab fi haza al-yaum...
Jika kita perhatikan syabab zaman ini lebih cenderung kepada dua perkara iaitu kebebasan dan cinta..Mugkin tak semua syabab tetapi segolongan sahaja..Sebenarnya Islam tak menghalang kita untuk berasa bebas dan mempunyai perasaan cinta..Tetapi pemikiran  syabab sekarang terlampau jauh dan kebebasan dan cinta yang ditunjukkan menyalahi syara' sehingga berlakunya pergaulan bebas, maksiat berleluasa serta pembuangan bayi..Ini yang salah kerana mungkin tersimpang sikit daripada apa yang dididik dalam Islam..Islam membenarkan kebebasan seperti kebebasan bersuara dalam menegakkan agama Allah serta kebebasan mempertahankan hak kita selagi ianya tidak bertentangan dengan Islam..Cinta?? umm,cinta ini adalah suatu perasaan yang memang tak dapat dielakkan kerana ianya fitrah..semua orang akan rasa tidak kira muda, remaja, dewasa atau tua sekalipun..Namun, fokus utama bagi syabab sekarang ini bukanlah cinta kepada manusia, tetapi cinta terhadap ilmu lagi penting sebab kita masih belajar..Namun tak salah nak suka pada seseorang..Jika takut perasaan itu hilang, penawarnya ialah berdoa kepada Allah agar menjaga si dia untuk anda dan semoga Allah memanjangkan jodoh si dia bersama anda..InsyaAllah..Jika penulisan saya ada menyakitkan mana-mana pihak, asifun jiddan..Mohon dimaafkan kesilapan penulisan saya..Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang kurang baik itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri..
Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment