Assalamualaikum kepada semua pembaca..harap,semua berada dalam keadaan yang sihat wal afiat dan sentiasa dalam rahmat Allah,InsyaAllah..Saya ingin menulis serba sedikit mengenai sukan dalam konteks Islam..Islam tidak melarang ummahnya untuk bersukan kerana ianya menyihatkan badan.Rasulullah sendiri ada menyarankan tiga jenis sukan dalam Islam iaitu berenang,memanah dan juga menuggang kuda..Tetapi, ada segelintir insan yang memandang sinis terhadap wanita-wanita terutamanya yang bertudung labuh ketika mereka sedang bersukan..Agak-agak kenapa?? Itu tidak dapat kita rungkaikan tetapi disini saya nak menegaskan kepada insan-insan tersebut supaya buka minda dan berfikiran jauh..Individu yang bertudung labuh juga perlu percaya pada diri dan jangan terlalu menyembunyikan diri sehinggakan tidak langsung bersukan..Kitalah yang perlu menunjukkan bahawa Islam tidak mengongkong..kerana bertudung labuh tak bererti kita tidak mampu bersukan..Sebaliknya kita akan nampak bahawa dengan bersukan, kita dapat satu tiket percuma dalam menyebarkan dakwah..Okey, muslimah di luar sana?? Kita sambutlah cabaran dalam berdakwah, InsyaAllah..Ada sedikit perkongsian ilmu yang saya baca dalam buku hasil nukilan Dato' Ismail Kamus yang bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat..Anda boleh cari buku ini sebagai panduan fardu ain..
SYARAT-SYARAT SUKAN YANG DIHARUSKAN :
- Tidak meninggalkan ibadah asas seperti solat,puasa dan sebagainya
- Tidak meninggalkan pekerjaan utama seperti mencari rezeki, belajar dan seumpamanya
- Tidak melibatkan perkara haram seperti perjudian dan pertaruhan
- Tidak wujud unsur penipuan
- Menutup aurat
- Tidak membahayakan tubuh badan, nyawa dan minda
- Tidak membuang masa disebabkan sukan yang terlalu lama
- Tidak membazir wang
Sekian sahaja daripada saya.Jika ada tersilap dalam penulisan diharap dapat ditegur dan dimaafkan kesilapannya..Yang baik itu daripada Allah dan yang kurang baik itu juga daripada Allah namun disandarkan kepada saya yang lemah ini..InsyaAllah, Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment