Assalamualaikum semua..Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah, InsyaAllah..Baiklah, entry saya pada kali ini adalah berkaitan dengan Fadhilat dan Kelebihan kita membaca Surah Al-Kauthar..Sebelum itu, saya ingin menceritakan sedikit mengenai Surah Al-Kauthar..
Surah Al-Kauthar merupakan surah yang ke-108. Surah ini mengandungi 3 ayat. Surah ini diturunkan di Makkah Al-Mukarramah. Surah ini dinamakan Al-Kautsar kerana Allah SWT telah mengurniakan kepada Nabi Muhammad
SAW kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat. Seterusnya, mari kita hayati makna surah ini :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang
banyak (di dunia dan di akhirat).

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah
korban (sebagai bersyukur).

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat
sebarang perkara yang diingininya).
Kita semua sudahpun mengetahui surah ini berkaitan maka. Disini, ingin saya kongsikan fadhilat Surah Al-Kauthar yang saya baca daripada sebuah blog. Jadi saya ingin kongsikan bersama anda..
FADHILAT MEMBACA SURAH AL-KAUTHAR :
1.
Sesiapa membaca Surah Al-Kautsar, maka Allah akan memberinya minuman dari sungai
di syurga.
2.
Baca 1000 kali, Allah SWT akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan
kenaikan pangkatnya.
3.
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini 7 kali semasa dalam keadaan
ketakutan, maka Allah SWT akan memberikan perlindungan terhadapnya.
4.
Memperkuat pandangan mata dan menghilangkan penyakit mata seperti berair, gatal,
bengkak. Baca surah ini sebanyak 10x pada air yang dicampur dengan bunga mawar,
disapukan pada mata setiap hari.
5.
Al Imam At Tamimi menerangkan bahawa siapa yang sering membaca surah ini akan
menjadi lunak hatinya, khusyuk hatinya dan tetap hatinya melakukan taat kepada
Tuhan.
6.
Apabila dibaca 100 kali ketika turun hujan, lalu berdoa dengan doa apa saja dari
urusan dunia dan akhiratnya, maka doanya akan segera ditunaikan.
7.
Barangsiapa yang membacanya setiap 7 kali pada mata air yang terhenti airnya,
atau yang sedikit keluarnya, maka air itu akan melimpah keluar.
8.
Baca 1000 kali untuk menghasilkan seribu satu hajat, teristimewa dalam urusan
rezeki, harta, menuntut pangkat dan jabatan, serta maksud-maksud yang
mengandungi unsur kebaikan, maka maksudnya akan ditunaikan.
9.
Jika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini 10 kali, mudah-mudahan
Allah SWT beri ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. Sebaik-baiknya usaha
untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat ini khas untuk mencari tempat
sihir.
10.
Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah SWT akan
memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi telah
dizalimi.
11.
Membacanya sebanyak 7 kali pada waktu hendak tidur, maka Allah membangunkannya
pada waktu dan jam berapa yang dikehendaki.
12.
Siapa yang membacanya 7 kali ketika dalam ketakutan di mana saja berada, akan
dilindungi Allah kebajikannya.
Jadi, kita bolehlah mengamalkan surah ini pada kehidupan seharian kita. Moga memberi manfaat buat kita semua, InsyaAllah..Sekian sahaja perkongsian saya, terima kasih..Assalamualaikum min ana..
No comments:
Post a Comment