Cute Black Flying Butterfly .: 2014

Friday, 12 September 2014

Success From Failure

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum kepada semua yang mengenali diri ini..Semoga kita semua berada dalam lidungan Allah, InsyaAllah..Sudah lama rasanya saya menyepi dan akhirnya diberi kesempatan ruang dan waktu untuk update dan menulis entry baharu..Baru sahaja tamat trial..Keputusan tidak membanggakan sangat..Saya sangat sedih dengan usaha saya yang tidak sehabis baik..saya sedih bila memikirkan harapan tinggi kedua ibu bapa saya..Ibu, Ayah..Asifun jiddan..InsyaAllah saya akan bangkit daripada tidur yang lena untuk merealisasikan impian Ibu dan Ayah..Kejayaan bermula daripada kegagalan..InsyaAllah I will do my best..


Thursday, 29 May 2014

Reda Allah, Reda Ibu Bapa

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menulis akhirnya diberi kesempatan oleh Allah untuk saya menulis..Alhamdulillah

Entry saya pada kali ini adalah berkaitan dengan sesuatu yang amat kita perlukan dalam menjalani kehidupan kita dengan baik di dunia dan juga di akhirat kelak..

InsyaAllah..Sesuatu yang amat sukar untuk kita perolehi jika kita hanya memandang sebelah mata, iaitu Reda Allah..


Benar, kehidupan kita adalah untuk Allah..Tapi adakah kita sedar bahawa seandainya kita tidak berusaha mencari reda Allah, kita boleh berada di tempat yang selesa dan selamat? Tentu sekali tidak..

Reda Allah merupakan tiket untuk kita ditempatkan bersama para solehin dan para syuhadah..Namun adakah kita boleh sesenang itu sahaja mendapatkan reda Allah? Tidak..kerana reda Allah terletak pada reda Ibu Bapa kita..

Anak sekarang sudah tinggi pemikirannya..Kononnya pemikiran generasi ICT..Namun,adakah kita sedar bahawa kita terlampau mengikuti peredara zaman selaras dengan kemajuan teknologi sehingga kita lupa pada insan yang melahirkan kita, yang bergelar IBU??

Kita lupakah pada jasa - jasa yang telah ibu kita taburkan kepada kita? Kita sungguh berani membahasakan diri kita 'aku kau' terhadap ibu kita. Nauzubillah..Kita berani untuk meninggkan suara terhadap ibu.. Kita berani menolak dan menendang ibu.. Kita renung, adakah ibu kita akan meredai kita??

Jadi bagaimanakah kita hendak ke syurga Allah, seandainya kita menjadi anak yang DERHAKA?? Sahabat, bagaimana kita ingin mendapat reda Allah sedangkan ibu kita sendiri tidak meredai kita?? Allahuakbar..

Sahabat, saya menyeru agar kita muhasabah diri.. Pohonlah keampunan daripada kedua ibu bapa kita sebelum terlambat..sebelum mereka atau kita sendiri ditarik nyawa..Mohonlah keampunan dengan seikhlas hati kita.. Rendahkanlah ego kita supaya kita dapat menangis menyesali dosa - dosa yang telah kita lakukan terhadap Ibu Bapa kita..Wallahua'lam..


Friday, 28 March 2014

TANGGUNGJAWAB a.k.a AMANAH






Bismillahirrahmannirrahim..Assalamualaikum ilaikum..Kaifa halukum?? InsyaAllah, hum fi amanillah..
Entry saya pada kali ini adalah berkaitan tanggungjawab..em, macam berat saja nak bercakap mengenai tanggungjawab..

Alhamdulillah, saya seorang pelajar dan saya bangga bergelar pelajar. Tetapi, kadang-kadang saya rasa tanggungjawab ini sangat berat. Saya pernah merasa untuk berputus asa. Saya pernah rasa teramat penat. Tapi, saya sedar Allah beri saya waktu untuk belajar supaya saya dapat mencari pengalaman untuk saya gunakan pada masa akan datang. Alhamdulillah.. Saya sedar dalam saya merungut akan tanggungjawab ini, ramai lagi dekat luar sana yang memikul tanggungjawab yang lebih berat daripada saya. Misalnya, ibu dan ayah saya, para guru, para mujahidin agama. Kesemua mereka memikul tanggungjawab yang lebih berat daripada saya. Saya tersedar daripada lena. Lena yang sangat lama. 



Saya pula diberi tanggungjawab lain di sekolah dan saya perlu menjalankan tanggungjawab ini dengan baik sebab AMANAH ini berat. Saya takut disoal diakhirat kelak jika saya tak jalankan tanggungjawab saya dengan betul. Kadang-kadang saya menangis disebabkan tanggungjawab ini sebab ianya berkaitan dengan agama. Saya cuba mengajak kearah kebaikan, namun sudah menjadi lumrah manusia ada yang akan ikut dan ada juga yang akan menolak. Tapi, saya tak kuat dan saya pernah menunjukkan kemarahan saya kepada mereka ( perbuatan ini tidak sepatutnya ditonjolkan oleh seorang pemimpin dan juga daie ). Saya hanya menunggu masa untuk saya serahkan tanggungjawab saya ini. 

Akhirnya, saya sedar saya tak boleh putus asa. Saya tak boleh rasa tak mampu sebab Allah berfirman dalam Surah Al-baqarah : 286

"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuanya"

Daripada ayat ini, saya dapat kekuatan. Dan saya muhasabah diri, apa yang saya hadapi ini juga satu ujian. Seandainya saya tak reda akan ujian ini, saya seolah-olah menolak qada' dan qadar Allah..Nauzubillah..


Saya refleksi diri, bahawa ujian itu adalah peringatan daripada Allah buat saya. Saya bersyukur kerana Allah memberi saya ujian supaya saya tak leka. Alhamdulillah, sekarang saya terasa kuat semula. Thanks to Allah.. Sekarang saya ingin, melebarkan sayap dakwah kepada mereka walaupun hanya berbaki beberapa bulan. InsyaAllah,saya yakin saya boleh. Because I believe that Allah is near to me. Kepada semua yang pernah merasai apa yang saya alami, ayuhlah bangun!! Kita tidak boleh berputus asa. InsyaAlla, Allah akan memudahkan urusan kita. Allahumma Ameen..Wallahua'lam


Saturday, 22 March 2014

Love Allah Before You Love Someone



Assalamualaikum to all..Alhamdulillah,next entry from me..
Today, I wanna try to write in English. Okay, actually I wanna  write about teenagers love for nowadays. Yes, it's not wrong to love someone, but we have to know the steps. It's not right when you love someone, you declare him or her and then you guys become a couple. No!!! In Islam, there's no word couple. Haram Is Haram..Never try to make it Halal.. Okay??

We go through the step to be taken if we love someone..First and foremost, we check ourself. Ask yourself whether your love towards Allah is strong enough or you never feel it. If it's not strong, please don't love anyone. It's because you will not meet someone that is the best for you if you not put the whole of your heart towards Allah love..Get it??

Next, I just can say, never start to coupling. Because it's not Islam taught. Islam have only few steps to make a relationship. First, 'merisik'. Idon't know this word in English, pardon me. Second, engage. Lastly, marry her or him. But, when you start to step 1 and step 2, you cannot make your relationship like  you guys are married which is you can walk together, holding hands to each other, hugging and what so ever that will throw you into sins..

What ever your reason, please follow the syariah and avoid ikhtilat..You have to care with your iman. Please, no couple before a marriage. You deserve to get something beautiful in your relationship if you take a good care of yourself and your IMAN..You will granted something nice from Allah if you success to avoid yourself from maksiat....IsyaAllah..

Thanks from Me and Alhamdulillah..

Friday, 21 March 2014

MTQ

Assalamualaikum..Alhamdulillah..syukran jiddan ilallah..
Berakhir sudah MTQ Peringkat Daerah dan segalanya berjalan dengan sangat lancar dan Alhamdulillah diatas kejayaan yang telah Allah berikan kepada peserta - peserta MTQ yang mewakili sekolah..Mabrook kepada semua diatas ulsub yang sangat tinggi..




Inilah kejayaan yang kami peroleh :

Nasyid - Tempat ke-2
Hafazan Lelaki - Tempat ke-2
Syarahan Lelaki - Tempat ke-2
Kuiz - Tempat ke-3

Sekali lagi, tahniah buat semua..Terima kasih dan syukur juga kepada Allah, yang memberi kejayaan kepada kita..InsyaAllah, adik-adik buat yang terbaik untuk tahun akan datang..Doa kami sentiasa mengiringi kalian, InsyaAllah...

Thursday, 20 March 2014

I Will Never Give Up For Islam !!





Assalamualaikum..
Dah lama rasanya saya tak menulis dan terasa rindu sangat.. Saya tak pasti tentang apa yang saya rasa sekarang ini.. Nak percaya pun susah, tapi saya kena pastikan betul-betul dahulu.. Memang kita semua manusia dan takda yang sempurna langsung, tapi saya cuma cuba untuk lakukan sesuatu demi kebaikan bersama.. Masalah ini sebenarnya dah lama menghantui saya.. Saya seorang yang berjawatan tinggi dalam organisasi Islam dekat sekolah, tapi apa yang saya buat untuk mereka, hanya sesetengah sahaja yang nak ikut.. Tapi, saya sabar lagi sebab saya tahu dakwah itu sangat banyak ujiannya dan saya bersyukur sebab Allah beri saya ujian. Jadi saya takkan leka.. Cuma saya tak secukup kuat Rasulullah, saya tak sehebat Abu Bakar As-Siddiq, saya tak setegas Umar Al-Khattab, saya tak sesabar Uthman Affan dan saya tak sebaik Saidina Ali.. Saya insan yang sangat lemah yang hanya berharap akan pertolongan Allah dengan doa.. Saya perlukan sokongan supaya saya kekal kuat walau dakwah saya ditolak dan ditentang.. Saya nak yang terbaik untuk mereka demi kebaikan dan kesejahteraan bersama.. Saya tahu memang lumrah dan fitrah seseorang itu untuk menangis.. Tapi, saya dah tak nak menangis sebab orang menentang apa yang saya cuba sampaikan.. Saya dah tak nak marah-marah sebab orang tak nak buat apa yang saya sampaikan.. Saya nak berpegang pada hadis nabi,

" Orang yang kuat itu bukanlah orang yang hebat ketika berperang, tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang mampu menahan kemarahannya "

Tapi, saya masih belum mampu, sebab saya memang tak kuat.. Saya sangat lemah dan disebabkan itu, saya sangat perlukan sokongan semua orang.. Ibu dan ayah dah banyak doakan dan sokong saya dan saya juga memerlukan sokongan sahabat-sahabat..Saya tahu, Allah sayangkan saya dan saya percaya saya mampu kerana Allah takkan membebankan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu hambanya pikul.. InsyaAllah, saya akan cuba perbaiki diri dan terus berusaha agar dakwah Islam dapat tersebar luas..Amin..

Saturday, 8 March 2014

Work Is Done

Assalamualaikum..Alhamdulillah, selesai Program Majlis Tilawah Quran peringkat sekolah. Segalanya berjalan seperti apa yang telah dirancangkan, thank you Allah.. Dalam program ini, beberapa pertandingan dan telah mendapat sambutan daripada para pelajar. Syukran kepada semua yang membabitkan diri.. Memandangkan ini merupakan program besar pertama yang dikelola oleh BADAR, memang ada kekurangan tetapi, InsyaAllah akan diperbaiki dari semasa ke semasa..Para peserta juga sangat sporting.. Ini ada beberapa shot ketika pertandingan berlansung..

1) Nasyid lelaki dan perempuan oleh wakil rumah

TAR Lelaki

TAR Perempuan

TH Perempuan

TI Perempuan


2) Pertandingan Syarahan




3) Pertandingan Bezanji





4) Pertandingan Khat











5) Pertandingan Tilawah Quran





6) Pertandingan Hafazan








7) Pertandingan Adzan

Masa pertandingan ini dijalankan, tak sempat saya berkejar ke surau untuk ambil gambar. Harap maaf..

Itu sahaja buat kali ini. Minta undur diri dahulu kerana perlu bersiap pulang ke asrama. Assalamualaikum..






Prihatin VS Non-Prihatin

Assalamualaikum buat semua..Semoga sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.. Entry saya pada kali ini ialah berkaitan dengan keprihatinan kita terhadap umat Islam didunia ini. Ada sesetengah yang amat prihatin dengan permasalahan dan penindasan yang berlaku terhadap umat Islam sekarang dan ada juga yang langsung tak peduli apa yang berlaku. Bagi mereka, urusan mereka lebih penting, tetapi sekurang-kurangnya sumbangkanlah sedikit doa untuk mereka. Mereka sama seperti kita, cuma mereka kurang bernasib baik. Tetapi, kita perlulah sentiasa beringat bukan? Jangan sampai Allah turunkan musibah kepada kita pula,ya. Walauapapun, jadilah umat Islam yang prihatin. Mereka disana berjuang demi Islam, kita goyang kaki sambil makan epal. Macam tak kena pula sebab mereka saudara kita. Wallahua'lam..

Friday, 7 March 2014

PERSAHABATAN

Bismillahirrahmannirrahim..Assalamualaikum w.b.t.
Kaifa halukum?? InsyaAllah antum min amanillah..Baiklah entry hari ini berkaitan dengan Persahabatan..Saya rasa, zaman sekarang ini ramai yang tidak faham erti sebenar persahabatan dalam. Ramai yang menganggap persahabatan ini macam saya nak kawan dengan awak, awak pun kena kawan dengan saya. No, it's not friendship really are. Persahabatan ini wujud disebabkan adanya rasa kasih sayang sesama kita dengan niat kerana Allah S.W.T.. Persahabatan ini sebenarnya membabitkan ramai individu. Namun, semua berbalik kepada kita sama ada nak menghiasi persahabatan kita dengan sesuatu yang mendatangkan kemurkaan Allah, ataupun kita inginkan persahabatan yang mendambarkan rahmat Allah..InsyaAllah. Janganlah kita menindas atau menjatuhkan sesama sahabat kerana semuanya akan berbalik kepada diri seseorang itu kembali. Jadi, peliharalah persahabatan anda.Wallahu a'lam..

Tuesday, 11 February 2014

Hati

Assalamualaikum..Alhamdulillah, masa yang diberi dapat dibahagikan dengan baik.. Entry kali ini adalah berkaitan dengan hati dan perasaan. Hati, sangat susah untuk dijaga. Perlukan satu catalyst yang betul- betul kuat untuk elakkan diri kita daripada anasir negatif.

Wednesday, 29 January 2014

HIJRAH in ISLAM

Bismillah, Assalamualaikum kepada semua sahabat serta pembaca..amul taqumu bi jaiidan..InsyaAllah..
Enrty saya pada kali ini ialah berkaitan dengan fenomena atau permaslahatan yang sedang berlaku bukan sahaja kepada dunia tetapi juga masyarakat yang digelar ISLAM..Baiklah, Islam sekarang berbanding dulu, rasanya sekarang sudah lebih maju seiring dengan pemodenan negara..Tetapi,pemikiran orang sekarang lebih rendah berbanding orang dulu..Perkara yang paling mudah kita boleh lihat, berkaitan dengan solat.. Solat merupakan ibadah yang wajib untuk umat Islam laksanakan, tetapi mengapa zaman sekarang yang masyarakatnya sangat produktif kadang - kadang ada yang tak solat?? Kenapa?? Sedangkan kita sekarang ini dah ada macam - macam kemudahan yang meringankan beban kita..Fikir - fikirkanlah.. Seterusnya, ragam masyarakat sekarang yang menyuruh sahabat sendiri berubah secara drastik serta dengan tekanan.. Sorry to say, Islam tak ajar sesuatu yang seperti ini..Islam agama yang mudah dan simple.. Dlam ayat Al-Quran ada Allah menyebut, Laa Ikroha Fiddin... yang membawa erti tiada paksaan dalam agama..Kita boleh gunakan dalam konteks ini.. mengajak orang berubah ke arah yang lebih baik memang sangat bagus. Tetapi apabila ajakan tersebut disertakan dengan desakan dan tekanan, It's not Islam..Islam mementingkan sesuatu yang dapat dilakukan secara istiqamah, bukan yang 'on-off '..Perubahan itu tak dapat dilakukan secara drastik tetapi step by step..Just pray the best to whom we want they to be a better person..Not by forcing but show them good example like what Islam teach us..That's all for this short times..InsyaAllah, jika umur masih dipanjangkan, banyak lagi perkara yang ingin saya kongsikan..Bye and Asslamualaikum...