Cute Black Flying Butterfly .: Reda Allah, Reda Ibu Bapa

Thursday, 29 May 2014

Reda Allah, Reda Ibu Bapa

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menulis akhirnya diberi kesempatan oleh Allah untuk saya menulis..Alhamdulillah

Entry saya pada kali ini adalah berkaitan dengan sesuatu yang amat kita perlukan dalam menjalani kehidupan kita dengan baik di dunia dan juga di akhirat kelak..

InsyaAllah..Sesuatu yang amat sukar untuk kita perolehi jika kita hanya memandang sebelah mata, iaitu Reda Allah..


Benar, kehidupan kita adalah untuk Allah..Tapi adakah kita sedar bahawa seandainya kita tidak berusaha mencari reda Allah, kita boleh berada di tempat yang selesa dan selamat? Tentu sekali tidak..

Reda Allah merupakan tiket untuk kita ditempatkan bersama para solehin dan para syuhadah..Namun adakah kita boleh sesenang itu sahaja mendapatkan reda Allah? Tidak..kerana reda Allah terletak pada reda Ibu Bapa kita..

Anak sekarang sudah tinggi pemikirannya..Kononnya pemikiran generasi ICT..Namun,adakah kita sedar bahawa kita terlampau mengikuti peredara zaman selaras dengan kemajuan teknologi sehingga kita lupa pada insan yang melahirkan kita, yang bergelar IBU??

Kita lupakah pada jasa - jasa yang telah ibu kita taburkan kepada kita? Kita sungguh berani membahasakan diri kita 'aku kau' terhadap ibu kita. Nauzubillah..Kita berani untuk meninggkan suara terhadap ibu.. Kita berani menolak dan menendang ibu.. Kita renung, adakah ibu kita akan meredai kita??

Jadi bagaimanakah kita hendak ke syurga Allah, seandainya kita menjadi anak yang DERHAKA?? Sahabat, bagaimana kita ingin mendapat reda Allah sedangkan ibu kita sendiri tidak meredai kita?? Allahuakbar..

Sahabat, saya menyeru agar kita muhasabah diri.. Pohonlah keampunan daripada kedua ibu bapa kita sebelum terlambat..sebelum mereka atau kita sendiri ditarik nyawa..Mohonlah keampunan dengan seikhlas hati kita.. Rendahkanlah ego kita supaya kita dapat menangis menyesali dosa - dosa yang telah kita lakukan terhadap Ibu Bapa kita..Wallahua'lam..


No comments:

Post a Comment