Cute Black Flying Butterfly .: I Will Never Give Up For Islam !!

Thursday, 20 March 2014

I Will Never Give Up For Islam !!





Assalamualaikum..
Dah lama rasanya saya tak menulis dan terasa rindu sangat.. Saya tak pasti tentang apa yang saya rasa sekarang ini.. Nak percaya pun susah, tapi saya kena pastikan betul-betul dahulu.. Memang kita semua manusia dan takda yang sempurna langsung, tapi saya cuma cuba untuk lakukan sesuatu demi kebaikan bersama.. Masalah ini sebenarnya dah lama menghantui saya.. Saya seorang yang berjawatan tinggi dalam organisasi Islam dekat sekolah, tapi apa yang saya buat untuk mereka, hanya sesetengah sahaja yang nak ikut.. Tapi, saya sabar lagi sebab saya tahu dakwah itu sangat banyak ujiannya dan saya bersyukur sebab Allah beri saya ujian. Jadi saya takkan leka.. Cuma saya tak secukup kuat Rasulullah, saya tak sehebat Abu Bakar As-Siddiq, saya tak setegas Umar Al-Khattab, saya tak sesabar Uthman Affan dan saya tak sebaik Saidina Ali.. Saya insan yang sangat lemah yang hanya berharap akan pertolongan Allah dengan doa.. Saya perlukan sokongan supaya saya kekal kuat walau dakwah saya ditolak dan ditentang.. Saya nak yang terbaik untuk mereka demi kebaikan dan kesejahteraan bersama.. Saya tahu memang lumrah dan fitrah seseorang itu untuk menangis.. Tapi, saya dah tak nak menangis sebab orang menentang apa yang saya cuba sampaikan.. Saya dah tak nak marah-marah sebab orang tak nak buat apa yang saya sampaikan.. Saya nak berpegang pada hadis nabi,

" Orang yang kuat itu bukanlah orang yang hebat ketika berperang, tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang mampu menahan kemarahannya "

Tapi, saya masih belum mampu, sebab saya memang tak kuat.. Saya sangat lemah dan disebabkan itu, saya sangat perlukan sokongan semua orang.. Ibu dan ayah dah banyak doakan dan sokong saya dan saya juga memerlukan sokongan sahabat-sahabat..Saya tahu, Allah sayangkan saya dan saya percaya saya mampu kerana Allah takkan membebankan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu hambanya pikul.. InsyaAllah, saya akan cuba perbaiki diri dan terus berusaha agar dakwah Islam dapat tersebar luas..Amin..

No comments:

Post a Comment