Bismillahirrahmannirrahim..Assalamualaikum ilaikum..Kaifa halukum?? InsyaAllah, hum fi amanillah..
Entry saya pada kali ini adalah berkaitan tanggungjawab..em, macam berat saja nak bercakap mengenai tanggungjawab..
Alhamdulillah, saya seorang pelajar dan saya bangga bergelar pelajar. Tetapi, kadang-kadang saya rasa tanggungjawab ini sangat berat. Saya pernah merasa untuk berputus asa. Saya pernah rasa teramat penat. Tapi, saya sedar Allah beri saya waktu untuk belajar supaya saya dapat mencari pengalaman untuk saya gunakan pada masa akan datang. Alhamdulillah.. Saya sedar dalam saya merungut akan tanggungjawab ini, ramai lagi dekat luar sana yang memikul tanggungjawab yang lebih berat daripada saya. Misalnya, ibu dan ayah saya, para guru, para mujahidin agama. Kesemua mereka memikul tanggungjawab yang lebih berat daripada saya. Saya tersedar daripada lena. Lena yang sangat lama.
Saya pula diberi tanggungjawab lain di sekolah dan saya perlu menjalankan tanggungjawab ini dengan baik sebab AMANAH ini berat. Saya takut disoal diakhirat kelak jika saya tak jalankan tanggungjawab saya dengan betul. Kadang-kadang saya menangis disebabkan tanggungjawab ini sebab ianya berkaitan dengan agama. Saya cuba mengajak kearah kebaikan, namun sudah menjadi lumrah manusia ada yang akan ikut dan ada juga yang akan menolak. Tapi, saya tak kuat dan saya pernah menunjukkan kemarahan saya kepada mereka ( perbuatan ini tidak sepatutnya ditonjolkan oleh seorang pemimpin dan juga daie ). Saya hanya menunggu masa untuk saya serahkan tanggungjawab saya ini.
Akhirnya, saya sedar saya tak boleh putus asa. Saya tak boleh rasa tak mampu sebab Allah berfirman dalam Surah Al-baqarah : 286
"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuanya"
Daripada ayat ini, saya dapat kekuatan. Dan saya muhasabah diri, apa yang saya hadapi ini juga satu ujian. Seandainya saya tak reda akan ujian ini, saya seolah-olah menolak qada' dan qadar Allah..Nauzubillah..
Saya refleksi diri, bahawa ujian itu adalah peringatan daripada Allah buat saya. Saya bersyukur kerana Allah memberi saya ujian supaya saya tak leka. Alhamdulillah, sekarang saya terasa kuat semula. Thanks to Allah.. Sekarang saya ingin, melebarkan sayap dakwah kepada mereka walaupun hanya berbaki beberapa bulan. InsyaAllah,saya yakin saya boleh. Because I believe that Allah is near to me. Kepada semua yang pernah merasai apa yang saya alami, ayuhlah bangun!! Kita tidak boleh berputus asa. InsyaAlla, Allah akan memudahkan urusan kita. Allahumma Ameen..Wallahua'lam