Cute Black Flying Butterfly .: December 2013

Monday, 30 December 2013

Pengunduran Diri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..pembaca semua,harap dalam keadaan sihat selalu..Entry saya kali ini adalah sekadar ucapan terima kasih kepada yang sudi membaca info dalam blog saya..Syukran jiddan..Saya akan memperlahankan aktiviti menulis blog kerana perlu fokus SPM 2014..harap semua dapat kekal teguh bersama Allah,InsyaAllah..Assalamualaikum..

Saturday, 14 December 2013

Fadhilat Surah Al-Kauthar

Assalamualaikum semua..Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah, InsyaAllah..Baiklah, entry saya pada kali ini adalah berkaitan dengan Fadhilat dan Kelebihan kita membaca Surah Al-Kauthar..Sebelum itu, saya ingin menceritakan sedikit mengenai Surah Al-Kauthar..

Surah Al-Kauthar merupakan surah yang ke-108. Surah ini mengandungi 3 ayat. Surah ini diturunkan di Makkah Al-Mukarramah. Surah ini dinamakan Al-Kautsar kerana Allah SWT telah mengurniakan kepada Nabi Muhammad SAW kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat. Seterusnya, mari kita hayati makna surah ini :

Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

A002

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

A003

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Kita semua sudahpun mengetahui surah ini berkaitan maka. Disini, ingin saya kongsikan fadhilat Surah Al-Kauthar yang saya baca daripada sebuah blog. Jadi saya ingin kongsikan bersama anda..

FADHILAT MEMBACA SURAH AL-KAUTHAR :

1. Sesiapa membaca Surah Al-Kautsar, maka Allah akan memberinya minuman dari sungai di syurga.
2. Baca 1000 kali, Allah SWT akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkatnya.
3. Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini 7 kali semasa dalam keadaan ketakutan, maka Allah SWT akan memberikan perlindungan terhadapnya.
4. Memperkuat pandangan mata dan menghilangkan penyakit mata seperti berair, gatal, bengkak. Baca surah ini sebanyak 10x pada air yang dicampur dengan bunga mawar, disapukan pada mata setiap hari.
5. Al Imam At Tamimi menerangkan bahawa siapa yang sering membaca surah ini akan menjadi lunak hatinya, khusyuk hatinya dan tetap hatinya melakukan taat kepada Tuhan.
6. Apabila dibaca 100 kali ketika turun hujan, lalu berdoa dengan doa apa saja dari urusan dunia dan akhiratnya, maka doanya akan segera ditunaikan.
7. Barangsiapa yang membacanya setiap 7 kali pada mata air yang terhenti airnya, atau yang sedikit keluarnya, maka air itu akan melimpah keluar.
8. Baca 1000 kali untuk menghasilkan seribu satu hajat, teristimewa dalam urusan rezeki, harta, menuntut pangkat dan jabatan, serta maksud-maksud yang mengandungi unsur kebaikan, maka maksudnya akan ditunaikan.
9. Jika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah SWT beri ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat ini khas untuk mencari tempat sihir.
10. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi telah dizalimi.
11. Membacanya sebanyak 7 kali pada waktu hendak tidur, maka Allah membangunkannya pada waktu dan jam berapa yang dikehendaki.
12. Siapa yang membacanya 7 kali ketika dalam ketakutan di mana saja berada, akan dilindungi Allah kebajikannya.


Jadi, kita bolehlah mengamalkan surah ini pada kehidupan seharian kita. Moga memberi manfaat buat kita semua, InsyaAllah..Sekian sahaja perkongsian saya, terima kasih..Assalamualaikum min ana..

Tuesday, 3 December 2013

AL-QURAN, segala-galanya..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..Ahlan Wasahlan..
Apa khabar semua?? Semoga dalam keadaan yang sihat sejahtera, InsyaAllah..Hari ini, saya ingin membuat sedikit perkongsian mengenai apa yang telah saya temui berdasarkan kajian serta ceramah-ceramah yang telah saya dengar..Perkongsian saya kali ini ialah mengenai ayat Al-Quran..


  • Orang yang boros, merupakan sahabat syaitan Laknatullah ( Al-Isra' : 27 )
  • Penurunan Al-Quran sebagai panduan ( Al-Isra' : 105 )
  • Perintah menjaga pandangan ( Al-Nur : 31 )
  • Memperoleh ketenangan hati ( Ar-Ra'du : 28 )
  • Jangan berputus asa ( Yusuf : 87 )
  • Makanan yang haram ( Al-Maidah : 3 )
  • Perintah mentaati Allah dan Rasul ( Al-Imran : 132 ) 


Itulah sebahagian daripada dapatan saya..Sesungguhnya Al-Quran itu mengandungi panduan yang sebenar-benarnya..Al-Quran membuka minda kita untuk berfikir dengan menggunakan akal dan hati..Subhanallah, hebatnya kitab Al-Quran..Mari kita sama-sama mengkaji Al-Quran dengan lebih mendalam, InsyaAllah..Sekian sahaja, terima kasih..Assalamualaikum..