Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum sahabat semua..dah lama rasanya tak update blog ini..Alhamdulillah, diberi peluang untuk menulis blog ini semula..rasanya dah bersawang blog ini sebab lama tidak diuruskan..
Alhamdulillah, SPM sudah lebih kurang sebulan lebih berlalu..Namun, auranya yang membuat hati sentiasa bergetar masih segar terasa dihati yang imannya turun naik ini..
Entry kali ini sebenarnya saya masih belum memikirkan topik yang khusus lagi..Rasanya saya ingin menulis sesuatu yang santai sahaja kerana masih tidak memikirkan pokok pangkal perkongsian..Mungkin lain kali sahaja..
Sebenarnya, saya agak tertanya - tanya dengan diri saya apakah benar - benar ingin bermujahadah kerana saya masih rasa polos..Saya sangat sangat ingin bermujahadah bersama - sama para mujahadah yang lain..Tetapi mungkin pada umur saya yang masih mentah dan masih perlu belajar banyak perkara membataskan saya untuk bebas melebarkan sayap untuk bermujahadah..
Saya memerlukan rakan - rakan yang ramai untuk mendengar ilmu - ilmu mereka, nasihat serta sentuhan semangat yang mengusik qalbu agar saya rasa sentiasa segar dan sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan..Saya ingin berusrah dan berhalaqah bersama rakan - rakan..Mungkin di universiti nanti saya boleh menyibukkan diri dengan perkara yang seimbang fid dunia wal akhirah..Insya-Allah, doakan yang terbaik untuk perjalanan saya yang baru sahaja ingin bermula..
Wallahu a'lam..
Jazakumullah kasiran..
Semoga saya sentiasa bersemangat dalam bermujahadah..Allahumma Aamiin..